PELAWAK Along Cham terpaksa menanggung kesan negatif susulan kenyataan Afreena Suhaimi apabila mendakwa sukar berurusan dengan penagih dadah yang dipercayai ditujukan kepadanya.
Kata Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dia belum didapati bersalah dan berasa pelik bagaimana isterinya itu boleh berani mengeluarkan kenyataan sedemikian pada umum.
“Dia menuduh saya ambil barang terlarang ketika menghadiri ke mahkamah pada Selasa lalu, katanya susah nak berurusan dengan penagih.
Along ditemani peguamnya ketika ditemui di mahkamah.
“Perkara itu menjejaskan nama saya, malah ada klien-klien yang mempertikaikan kredibiliti saya sehingga ingat saya dah dijatuhi hukuman.
“Belum! Saya belum disabit bersalah, kenapa dia berani buat kenyataan begitu sedangkan sebelum ini dia yang beria-ia mempertahankan saya ketika ditahan,” katanya kepada mStar.
Along berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding ketiga kes pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham dakwa Afreena bersekedudukan dengan bekas suami kedua, serah bukti rakaman audio
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri Along tak duduk diam, pertahan diri tuduhan curang
Sementara itu, peguam mewakili Along iaitu Muhammad Akmal Amzan memberitahu pihak mahkamah memerintahkan agar defendan untuk tidak memuat naik sebarang kenyataan berkaitan kes mereka di media sosial.
“Kami berpendapat kes masih dalam siasatan mahkamah, bila Afreena buka cerita berkenaan mahkamah risau ia akan menganggu proses yang sedang berlangsung.
“Jadi mahkamah beri keizinan pihak Afreena untuk tidak memuat naik sebarang kenyataan di media sosial,” jelasnya.
Saya belum disabit bersalah!
ALONG CHAM
PELAKON/PELAWAK
Pada petang Selasa, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengemukakan tiga sebab utama yang menyebabkan lafaz taklik terhadap isterinya jatuh pada Julai 2024 di kediaman mereka di Cyberjaya.
Katanya, Afreena sudah melanggar tiga syarat yang diberikan sejak awal perkahwinan seperti menghubungi bekas isterinya, berlaku curang serta membelakangkannya dalam segala urusan rumah tangga.
Sebelum ini, Afreena ada memuat naik hantaran di Instastory yang mendakwa sukar untuk berurusan dengan penagih dadah.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, bagaimanapun ia seakan-akan dituju kepada Along kerana pelawak itu masih mempunyai kes berkaitan dadah yang sedang berlangsung.
Along dakwa Afreena langgar tiga syarat yang ditetapkan sejak awal kahwin.
Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Afreena selepas melalui dua kali kegagalan dalam ikatan suami isteri.
Manakala, Along pernah berkahwin dengan Zila Saeron pada Januari 2010, namun mereka bercerai pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki yang kini di bawah jagaannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube