suria

Dulu Danial Zaini kerja angkat kamera, kisah sedih tolak motosikal pancit... Minat ekonomi cita-cita jadi PM

SEMPENA ulang tahun ke-20 mStar, portal ini akan mengimbau kenangan selebriti tanah air ketika mereka di usia muda.

Kali ini, pelawak Danial Zaini menceritakan pengalaman dirinya sebelum bergelar artis ketika berusia 20 tahun.

Memulakan karier sebagai kru produksi, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini,32, berkongsi kisah perjalanan seninya sehingga bergelar seorang pelawak.

“Sebelum jadi seorang pelawak saya pernah bekerja sebagai kru produksi filem, kerja gulung kabel, tolong jurukamera sewaktu penggambaran pada usia 20 tahun.

“Waktu tu gaji tidak mahal dan susah sebab naik motor biasa Yamaha SRV, saya minat dengan industri dalam segi pembikinannya tapi bila lama kelamaan jadi nak kedepan pula.

“Dulu gaji RM70 tapi daripada pagi sampai ke pagi memang penat, jadi saya rasa macam mungkin nak cuba sesuatu yang baru jadi cuba jadi artis,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi