SELEPAS ditegur netizen akibat terlalu terbuka membuat ulasan, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga terutamanya melibatkan komen yang ditulis di media sosial.
Tidak mahu mencemarkan imej sebagai seorang individu berstatus haji, Fadzil atau Fadzil Bahari Zahari, 42, berkata bukan niatnya untuk mengeruhkan keadaan sebaliknya hanyalah sekadar gurauan.
“Berkenaan komen tu saya buat bukannya sentuh isu tu pun tapi netizen pula yang tambah untuk panaskan lagi keadaan tu.
“Sebab kalau ikutkan saya rehat seketika jadi tukang komen ni sebab isteri dah marah, saya bukan kacau orang tapi lebih kepada mewakili suara netizen.
“Saya cuma nak beramah mesra saja dan mungkin lepas ni akan lebih berjaga-jaga la sebab dah berstatuskan haji kan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.