ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbas kembali kenangan sewaktu awal kemunculan penyanyi Aris Ariwatan pada tahun 1982.
Memulakan kerjaya bersama kumpulan Syed Yusuf Jamalulail (SYJ) di Ipoh, Perak, Aris atau Haris Fadzillah Daud, 61, memberitahu dia membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mahu mengembangkan karier seninya.
Selain menerima bayaran rendah di Perak, Aris berpindah ke Kuala Lumpur juga dapat menyerlahkan lagi bakatnya dalam industri muzik.
“Pada awalnya saya merupakan seorang gitaris tapi lama-kelamaan saya fikir lebih baik jadi penyanyi sebab kurang penat.
“Saya dan SYJ berlatih di studio Syed Yusuf Jamalulail di Ipoh, dia uruskan semua termasuklah makanan, tempat tinggal dan pengangkutan untuk setiap kali menghadiri jemputan nyanyian.
“Saya pernah mendapat bayaran sebanyak RM5 dalam sampul surat dan beberapa keping gambar, walaupun bayaran tu kecil tapi saya okay sebab semuanya sudah ditanggung oleh syarikat Tuan Syed ni,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI