suria

31 tahun Man Senoi berdiam, tak halalkan 4U2C guna 25 lagu tanpa izin

PENERBIT dan komposer Man Senoi meminta Datuk AC Mizal dan anggota kumpulan 4U2C datang bertemu dan memohon izin sekiranya mahu menggunakan 25 lagu ciptaannya untuk Konsert WE 4U2C yang bakal berlangsung pada September depan.

Menurut Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri, 72, dia mempunyai hak mutlak terhadap karya berkenaan malah tidak menghalalkan sekiranya kumpulan itu meneruskan konsert dengan menyanyikan lagu ciptaannya itu.

“Setelah 30 tahun saya dan isteri diam malah bila mereka (4U2C) guna pun kami tidak pernah melarang, tapi bila nak buat konsert itu memang perlu izin saya sebagai pencipta sebab itu hak saya.

“Kalau dia (Datuk AC Mizal) tak selesaikan perkara ini, jadi saya tidak akan halalkan dunia dan akhirat segala tenaga titik peluh usaha saya dan isteri naikkan nama 4U2C.

“Kalau nak rasa apa itu hak anda la, tuhan ada sentiasa memerhati apa yang dilakukan siapa yang salah dan jangan sebar cerita yang tak benar… jaga-jaga dan all the best for your concert,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi