suria

Sembilan tahun bercuti The Pussycat Dolls bakal kembali beraksi!

Nicole mengumumkan kumpulan The Pussycat Dolls bakal bersatu semula.

PENYANYI terkenal Nicole Scherzinger memberi khabar gembira apabila mengumumkan kumpulan The Pussycat Dolls bakal membuat kemunculan semula selepas hampir sembilan tahun bercuti panjang.

Menurut Nicole, sudah sampai masanya untuk kumpulan yang pernah menjadi kegilaan remaja itu melupakan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan kembali beraksi di pentas nyanyian.

"Pertamanya, saya mengharapkan kelainan kerana kami semua sudah berubah.

"Sudah 10 tahun kami berpecah dan kini tiba masa untuk masing-masing kembali dan berikan bakat yang mereka ada kepada kumpulan ini.

"Saya sangat teruja kerana kesemua kami sudah matang. Saya tak sabar untuk lihat kumpulan ini kembali bersinar dan saling menyokong antara satu sama lain," ujarnya.

Kemunculan semula The Pussycat Dolls kali ini diteruskan tanpa kehadiran Melody (keempat dari kiri).

Anggota kumpulan ini terdiri daripada vokalis utama, Nicole Scherzinger, 41, Ashley Roberts, 38, Kimberly Wyatt, 37, Carmit Bachar, 45 dan Jessica Sutta, 37 manakala seorang lagi anggotanya iaitu Melody Thornton, 35, tidak akan menyertai kemunculan semula kumpulan ini.

Pada tahun 2019, pelbagai khabar angin mengaitkan kepada perpecahan kumpulan itu tersebar dan salah satunya mengatakan anggota Pussycat Dolls yang lain tidak senang dengan layanan istimewa yang diterima penyanyi utama, Nicole.

Sementara itu, juri rancangan popular X-Factor ini mendedahkan dia yang pernah mengalami gangguan pemakanan yang teruk iaitu penyakit bulimia antara punca kumpulan itu berpecah sebelum ini. - Mirror.uk

Artikel Lain