suria

10 artis Kpop miliki 'follower' teramai di IG... semua anggota Blackpink tersenarai!

Empat ahli kumpulan Blackpink berada dalam senarai 10 selebriti Kpop memiliki pengikut teramai di Instagram.

EMPAT anggota kumpulan Blackpink tersenarai sebagai selebriti paling ramai memiliki pengikut di laman Instagram.

Maklumat tersebut telah dikongsi oleh seorang peminat di Twitter dan menerima ribuan retweet daripada pengikut.

Berdasarkan kedudukan tersebut, populariti kumpulan Blackpink dilihat mengatasi beberapa kumpulan Kpop lain.

Mendahului carta tempat pertama diduduki oleh Lisa dengan pengikut seramai hampir 28 juta dan tempat kedua, Jennie (23 juta).

Peminat industri hiburan Kpop senaraikan kedudukan 10 selebriti memiliki pengikut tertinggi di IG.

Sementara itu, akaun rasmi Blackpink berada di tangga ketiga dengan pengikut seramai lebih 21 juta.

Bagaimanapun, Rose dan Jisoo selesa berada di kedudukan kelima dan keenam dengan pengikut seramai 20.47 juta dan 19.24 juta.

Tempat keempat menjadi milik kumpulan Kpop popular BTS dengan pengikut lebih 21 juta.

Ini senarai kedudukan 10 bintang Korea yang memiliki pengikut tertinggi di Instagram.

1. Lisa - 27.24 juta

2. Jennie - 22.60 juta

3. Blackpink - 21.54 juta

4. BTS - 21.28 juta

5. Rose - 20.47 juta

6. Jisoo - 19.24 juta

7. Chanyeol - 19.22 juta

8. Sehun - 17.56 juta

9. G Dragon - 16.89 juta

10. Baekhyun - 16.03 juta

Blackpink, BTS

Artikel Lain