suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Camila Cabello buat pengakuan curi barang Istana Kensington, tak boleh tidur malam kerana rasa bersalah

Camila rasa bersalah, tidak boleh tidur curi pensel istana.

PENYANYI popular Camila Cabello mendedahkan dia mencuri pensel di Istana Kensington ketika berkunjung ke kediaman istimewa itu baru-baru ini.

Menerusi satu temubual dengan BBC Radio, Cabello berkata, dia mengambil pensel di istana itu untuk kenang-kenangan.

"Saya minta maaf William, saya minta maaf Kate.

"Jika ada sesuatu yang saya pelajari dalam hidup saya, ia mungkin perkara itu," ujarnya.

Cabello buat pengakuan curi barang istana.

Cabello berkata, dia memasukkan pensel itu di dalam dompet ibunya.

Namun, ibunya mendesak agar dia memulangkan semula pensel itu bagi mengelakkan masalah.

Cabello berkata, perkara itu merupakan sesuatu yang buruk yang pernah dilakukan hingga dia tidak boleh tidur malam.

Penyanyi lagu Havana ini berkata, dia berasa bersalah dengan perbuatan itu.

Video pengakuan yang dimuat naik di laman Twitter mendapat perhatian pihak istana sehingga membalas dengan emoji mata. -People

Camila Cabello

Artikel Lain