suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Taiwan Godfrey Gao meninggal dunia ketika penggambaran program realiti 'Chase Me'

Gao meninggal dunia ketika menjalani penggambaran realiti televisyen China, 'Chase Me'.

PELAKON Taiwan-Kanada, Godfrey Gao disahkan meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri sewaktu menjalani penggambaran program realiti televisyen iaitu Chase Me di China Timur pada awal pagi Rabu. 

Menurut Maoyan Entertainment, Godfrey atau nama sebenarnya Tsao Chih-hsiang dikejarkan ke pusat perubatan selepas rebah ketika berlari dalam satu acara berpasukan. 

Bagaimanapun, sebelum Gao dikejarkan ke hospital, paramedik sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) selama 15 minit sebelum jantungnya berhenti berdegup.

Gao disahkan meninggal dunia pada usia 35 tahun.

Tidak lama selepas itu, Zhejiang Televisyen kemudian mengumumkan Gao meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas doktor gagal menyelamatkannya.

Chase Me adalah rancangan realiti Cina yang membuat rakaman pada waktu malam di kawasan bandar dan melibatkan dua pasukan saingan untuk memenangi perlumbaan. 

Untuk rekod, pelakon kelahiran Taipei, Taiwan ini mempunyai ibu yang berasal daripada Malaysia dan bapa berasal Taiwan. 

Sebelum ini, Gao banyak menghabiskan masa kecilnya di Vancouver, British Columbia, sebelum kembali ke Taiwan pada tahun 2004 untuk bekerja sebagai model dan pelakon. - Taiwan News

Godfrey Gao

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia