suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat baik Choi Siwon disalah erti, tampil mohon maaf secara terbuka

Choi Siwon hanya berharap protes ganas di Hong Kong berakhir tidak lama lagi.

TINDAKAN pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan Choi Siwon menekan tanda suka di satu hantaran Twitter mengenai isu bantahan prodemokrasi di Hong Kong menimbulkan kemarahan netizen di China.

Rata-rata mereka berang dengan tindakan tersebut dan menuntut ahli kumpulan Super Junior itu memohon maaf secara terbuka.

Memetik laporan Soompi, Choi Siwon memberitahu tindakan tersebut hanya sekadar meluahkan harapannya untuk melihat keadaan protes ganas di negara itu berakhir tidak lagi.

"Saya suka periksa apa yang berlaku di Twitter. Saya hanya ingin menyatakan niat sebenar saya dengan harapan keadaan protes ganas itu berakhir tidak lama lagi.

"Memandangkan kontroversi yang dicetuskan ini begitu mengecewakan kamu semua, saya dengan seikhlas hati memohon maaf," tulisnya menerusi aplikasi Weibo.

Choi Siwon

Artikel Lain