suria

The Weeknd jadikan Selena Gomez inspirasi lagu baharu 'Like Selena'

Peminat anggap lagu 'Like Selena' untuk Selena Gomez.

PENYANYI terkenal Hollywood, The Weeknd dikhabarkan menjadikan bekas kekasihnya, penyanyi sensasi Selena Gomez sebagai inspirasi kepada lagu terbaharunya berjudul Like Selena.

Memetik laporan Hollywood Life, pemilik nama Abel Tesfaye dikatakan sudah mendaftar lagu tersebut di Persatuan Amerika Komposer, Penulis & Penerbit pada 26 November lalu. 

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja menerusi laman sosial Twitter apabila berita itu tersebar dan beranggapan lagu tersebut ditujukan kepada bekas kekasihnya itu. 

"Tak sabarnya nak dengar lagu Like Selena, saya curiga. 

Abel pernah berhasrat derma salah satu buah pinggang ketika Selena Gomez sakit.

"Macam mana The Weeknd boleh terfikir nak keluarkan lagu Like Selena

"Okay, mungkin lagu ni pasal Selena lain kot," tweet beberapa netizen. 

Sebelum ini, The Weeknd dan Selena pernah menjalinkan hubungan selama 10 bulan sebelum berpisah pada Oktober 2017. 

Sementara itu, penyanyi lagu Starboy ini juga pernah mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk mendermakan salah satu buah pinggangnya ketika Selena menghidap penyakit lupus. - Hollywood Life

The Weeknd, Selena Gomez

Artikel Lain