suria

George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia 56 Tahun

George dan Amal Clooney kini bergelar ibu-bapa kepada pasangan kembar, Ella dan Alexander.

ISTERI kepada pelakon George Clooney iaitu Amal Clooney selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan pada Selasa.

Pasangan itu memilih nama Ella dan Alexander Clooney untuk pasangan kembar itu dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada CNN.

"Pagi ini Amal dan George menyambut kelahiran Ella dan Alexander Clooney dan mereka kini berada dalam keadaan baik dan sihat," kata kenyataan itu.

George dan Amal berkahwin tiga tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Venice, Itali.

Sebelum ini, pelakon itu pernah menyuarakan kegusaran untuk bergelar bapa pada usianya yang kini memasuki 56 tahun.

"Semua rakan-rakan saya sekarang sudah boleh bersenang-lenang kerana anak-anak mereka semua sudah besar.

"Mereka kini ketawakan saya kerana baru sekarang hendak mempunyai anak," katanya ketika muncul dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini.

George Clooney, Amal Clooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain