suria

Ariana Grande Lukis Tatu Ingati Mangsa Serangan

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan melukis tatu kembar berbentuk lebah sebagai mengingati kejadian serangan bom yang mengakibatkan 22 mangsa terbunuh dalam insiden berdarah di Manchester Arena pada 22 Mei lalu.

Seperti diperik Aceshowbiz, Ariana Grande bersama beberapa rakannya menggunakan pelukis tatu profesional yang turut menggunakan wang hasil lukisan tatu lebah itu kepada dana mangsa korban.

Serangga lebah menjadi lambang penduduk Manchester yang bekerja keras dan menjadi antara tatu paling popular bagi mereka.

Menurut sumber, Ariana masih tidak dapat menahan sedihnya terhadap kejadian yang berlaku.

Dia bersama beberapa artis lain seperti Miley Cyrus, Justin Bieber, Coldplay, Black Eyed Peas dan Pharrell Williams mengadakan konsert One Love Manchester bagi mengumpul dana.

Dalam serangan pengganas, Salman Abedi, ia turut mencederakan lebih 111 mangsa lain.

Ariana Grande

Artikel Lain