suria

Park Shin Hye Rancang Kahwin Sebelum 30 tahun

Meskipun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin, Park Shin Hye masih belum ada kekasih.

PELAKON Park Shin Hye, terbuka untuk berkongsi mengenai perancangannya melangkah ke alam perkahwinan. 

Menerusi temubual bersama majalah Vogue Taiwan, Park Shin Hye berharap untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun.

"Saya hanya akan berkahwin jika bertemu jodoh yang baik," kata Park Shin Hye. 

Tambah pelakon terkenal ini: "Masalah sekarang ini saya masih belum mempunyai kekasih." 

Namun begitu, Park Shin Hye menjelaskan dirinya terlalu muda untuk memikirkan hal perkahwinan memandangkan dia baru berusia 28 tahun.

Berbalik kepada kariernya, Park Shin Hye akan memulakan siri Jelajah Asia Park Shin Hye 2017 yang diberi nama Flower of Angel bermula dari Hong Kong pada 10 Jun depan.

Lokasi seterusnya, dia akan bertemu peminat-peminatnya di Taiwan, Thailand dan Filipina pula. 

Sementara itu, pelakon drama The Heirs ini tidak pernah gagal untuk memikat hati peminat dengan melakukan yang terbaik sepanjang berada dalam industri seni.

Malah, menurut satu sumber, Park Shin Hye tersenarai sebagai salah seorang pelakon paling cantik di dunia. 

Park Shin Hye

Artikel Lain