suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Taylor Swift & Joe Alwyn Tiada Rahsia

Foto Taylor Swift dan kekasih, Joe Alwyn sedang menikmati minum petang.

PENYANYI Taylor Swift dan kekasihnya, pelakon Joe Alwyn menarik perhatian apabila foto mereka menikmati minum petang berjaya dirakamkan oleh jurugambar pada Sabtu lalu di Nashville. 

Pasangan ini kelihatan gembira menghabiskan masa bersama di kampung halaman Taylor, 28, di Southern City. 

Berbeza dengan kisah cintanya sebelum ini, Taylor Swift berusaha kerasa untuk tidak mendedahkan kepada umum dan menjaga hubungan baru ini secara privasi. 

Malah, menerusi laporan E! News, dua bintang terkenal ini berjaya merahsiakan aktiviti mereka bersama ketika bercuti di tempat kelahiran Joe, 26, di England.  

"Hubungan mereka bukanlah baru atau hubungan yang dirahsiakan.

"Hanya media dan peminat sahaja yang tidak tahu disebabkan rakan-rakan terdekat dan keluarga mereka dinasihatkan untuk tidak mendedahkan tentang mereka berdua," kata sumber terdekat.

Tambah sumber lagi, Taylor dan Joe telah menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan mereka sudah lama mengenali antara sama lain. 

Selena Gomez dan Gigi Hadid yang merupakan rakan baik Taylor Swift juga pernah meluangkan masa mereka bersama untuk mengenali cinta baru Taylor.

Sehingga kini, kedua-dua mereka masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Taylor Swift, Joe Alwyn

Artikel Lain