suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ed Sheeran Nafi Sudah Bertunang

PENYANYI Ed Sheeran pernah mengakui hubungan mesranya dengan Cherry Seaborn semakin serius.

Terbaharu sahabatnya, Russell Crowe menerusi temubual radio Australia mendedahkan penyanyi berkenaan sudah bertunang.

Katanya, Ed banyak menghabiskan waktu bersama tunangannya itu.

Bagaimanapun, tidak mahu khabar tersebut terus diperkatakan, penyanyi lagu Shape of You itu menafikan berita berkenaan.

Menerusi wawancara dengan radio yang sama, Ed berkata, dia belum melamar kekasihnya itu.

"Russell baru jumpa Cherry sekali dan saya tidak memperkenalkan wanita itu kepadanya. Saya rasa dia hanya menjangka kami sudah bertunang. Tapi yang sebenarnya saya belum bertunang," ujarnya.

Ed Sheeran

Artikel Lain