suria

Sana (Twice) Tertidur Ketika Siaran Langsung

Sana tertidur akibat keletihan selepas tiga hari tidak tidur.

PENYANYI Sana daripada kumpulan Twice tertidur ketika sedang muncul dalam sebuah program bual bicara secara langsung baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan Sana tidak dapat menumpukan perhatiannya dan tertidur walaupun sebelum itu dia dilihat cuba mengawal rasa mengantuk.

Sana bagaimanapun menjelaskan dia terlalu letih selepas tiga hari tidak tidur berikutan jadualnya yang padat.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa bimbang terhadap kejadian itu yang mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada artis pada masa hadapan.

"Dia kelihatan sangat letih dan tidak bermaya. Jika keadaan itu berterusan ia mungkin membahayakan kesihatan.

"Artis-artis juga adalah manusia biasa dan perlukan rehat secukupnya," tulis netizen.

Sana, Twice

Artikel Lain