suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain Tolak Tawaran Filem 'X-Men'

Rain tolak tawaran berlakon dalam filem terbitan Hollywood, X-Men.

PELAKON dan penyanyi Rain dilaporkan menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Hollywood iaitu X-Men.

Perkara itu didedahkan oleh rakan pelakonnya yang juga penerbit filem Uhm Bok Dong iaitu Lee Beom Soo dalam satu temubual baru-baru ini.

Kata Beom Soo, Rain sepatutnya berlakon dalam filem itu namun jadualnya bertembung dengan penggambaran Uhm Bok Dong yang hanya berakhir pada Ogos depan.

"Saya sangat menghormati pada Rain kerana dia sanggup menolak tawaran Hollywood semata-mata mengotakan janjinya.

"Pihak produksi X-Men dijangka memulakan penggambaran pada Julai namun filem kami hanya selesai pada Ogos.

"Jadi dia mengambil keputusan menolak dan tidak mahu bersikap tamak," ujarnya.

Rain, X-Men

Artikel Lain