suria

Wanita dedah lecturer minta isi borang survey seks, kemudian ajak onani... rupanya dah ‘buat kerja’ dari 2011

Seorang wanita diganggu secara seksual oleh seorang pensyarah.

HAMPIR setiap hari kita dihidangkan dengan kisah gangguan seksual berlaku terutama kepada golongan wanita.

Turut berdepan pengalaman ngeri ini, seorang pelayar media sosial mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pensyarah yang mengajar di sebuah kampus universiti awam terkemuka di Johor.

Wanita itu menceritakan semula mengenai insiden itu setelah setahun memendam memori hitam selepas mendakwa pernah diajak melakukan onani oleh pensyarah sendiri.

"Lepas satu tahun lebih kes ni. Baru hari ni ada keberanian nak cerita dekat public. Selama ni diamkan diri serahkan semuanya dekat polis dan U**M. Tapi sampai sekarang masih tiada apa-apa.

Tangkap layar mesej perbualan antara mangsa dan suspek.

"Saya tak tahu nak karang cerita macam mana cukuplah anda tahu benda ni bagi kesan mendalam dekat hidup saya.

"Tahun lepas saya down gila sampai kena ambil kaunseling semua. Berat badan turun mendadak. Hampir gagal dalam peperiksaan," tulisnya.

Menurut wanita yang kini berusia 23 tahun ini, pada mulanya dia hanya bertanyakan soalan mengenai tugasan yang kurang difahami kepada pensyarah tersebut yang dipanggil 'sir'.

Kemudian, pensyarah itu meminta dia menjawab soalan sebagai responden untuk kajian penyelidikan yang dilakukan olehnya ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian raba wanita di Cyberjaya... pakar kongsi hak perundangan mangsa gangguan seksual perlu tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

Namun, mangsa tidak menyangka bahawa soalan-soalan dinyatakan dalam borang tinjauan adalah berbaur lucah dan melibatkan seks.

Berdasarkan semakan mStar, gambar-gambar borang kaji selidik yang dikongsikan wanita ini cukup membuktikan soalan yang diajukan berbaur lucah ke arah melakukan hubungan seks seperti 'Tanda-tanda ghairah seks anda sebelum klimaks' dan 'Adakah anda ghairah atau terangsang seks dengan kajian ini'.

Dalam posting sama, dia memuat naik satu laporan yang dibuat terhadap pensyarah tersebut bertarikh 2 Jun 2021.

Laporan polis yang dibuat wanita ini terhadap pensyarah.

"Pensyarah hubungi saya melalui panggilan telefon. Sepanjang perbualan dia sering kali bertanya soalan mengenai seks serta dia juga mengeluarkan perkataan lucah dan menerangkan dia dalam keadaan sedang melakukan perbuatan onani. dia meminta agar saya sama-sama melakukan perbuatan tersebut.

"Akan tetapi saya tidak mengikut arahannya. Oleh kerana kurang percaya, saya ada mengambil sedikit rakaman percakapan dia. Saya juga ada bertanyakan berkenaan kaji selidik dari pelajar senior kolej universiti. Dimaklumkan yang mereka tidak pernah menerima survey dinyatakan," demikian antara penerangan dibuat dalam laporan.

Dari 2011 buat perangai. Pelik macam mana tak ditangkap ya. Kebal betul.

NETIZEN

Menerusi video dikongsikan mangsa pada TikTok miliknya pula, dia memuat naik satu rakaman suara dihantar oleh suspek merayu agar wanita ini menarik semula laporan dibuat.

"F*r*h saya berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut, saya berjanji atas nama Allah.

"Sedangkan Nabi ampunkan umat, Allah maha pengampun. Saya tidak menyimpan dendam pada F*r*h," katanya.

Tangkap layar perbualan menunjukkan suspek mencari wanita itu di tempat kerja.

Bukan itu sahaja, pensyarah itu juga turut mencari mangsa di tempat kerja namun gagal seperti mana yang diberitahu oleh rakan di tempat kerjanya melalui perbualan WhatsApp.

Selepas posting ini tular, pihak universiti cuba berhubung dengan mangsa di Twitter meminta agar wanita ini membuka direct message membaca pesanan dihantar dipercayai bertujuan bagi menyelesaikan isu ini.

Susulan posting tersebut, terdapat bekas pelajar universiti sama menceritakan turut berdepan pengalaman sama sejak 2011 oleh pensyarah yang sama namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap lelaki itu.

Komen netizen di Twitter.

"Dari 2011 buat perangai. Pelik macam mana tak ditangkap ya. Kebal betul.

"Saya dan kawan-kawan pernah kena benda yang sama. Tapi masa tu blur dan tak ada buat apa-apa. Noob sangat! Terperanjat tengok story ni sebab si Z*** buat hal lagi," komen netizen membalas ciapan asal.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Johor, Mohd Fadhil Minhat melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas posting ini tular berkata, pihaknya telah mengesan tentang kejadian percakapan atau perbualan berunsur lucah melalui telefon terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah pusat pengajian awam (IPTA).

Dalam pada itu, pihak polis juga mengesahkan mengenai aduan yang dibuat oleh mangsa dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Semua pihak terlibat telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Kertas siasatan telah dilengkapkan serta dirujuk ke bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan media pada 17 Ogos 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain