suria

Mat Kelantan naik angin siap koyak baju bundle, marah pembida masa live... “Nak murah semua nate beruk ni!”

Tangkap layar video amukan peniaga pakaian terpakai.

DUNIA perniagaan menjanjikan pulangan yang lumayan, namun ia juga penuh dengan liku-liku dan cabaran tersendiri.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang lelaki yang naik angin sehingga bertindak kasar ketika sedang berniaga pakaian menerusi siaran langsung (live) Facebook.

"Seller marah buyer. Apabila harga yang di bida lebih murah daripada yang dia target," tulis @AsyrafRosli yang berkongsi semula rakaman itu ke Twitter.

Dalam video itu, peniaga berkenaan dilihat sedang memberi penerangan kepada penonton mengenai sehelai jaket berjenama Adidas.

Namun, dia dipercayai berang selepas penonton menawarkan harga yang terlampau murah untuk mendapatkan pakaian berkenaan.

"Awak pergi cari mana baju Adidas RM40? Pergi cari seluruh dunia pun tak jumpa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata kesian dekat motor” - Gadis Kelantan minat konvoi tak lut dikeji netizen, tetap berjiwa besar nak ‘ride’ pergi Phuket

Dia kemudiannya cuba meletakkan patung pakaian atau mannequin itu di bahagian belakang sebelum ia jatuh ke atas lantai.

Peniaga itu secara tiba-tiba menerajang mannequin itu sambil berkata dia sudah tidak mahu berniaga pakaian bundle.

"Tak (mahu) jual dah, aku malas nak jual baju bundle. Gila dah aku rasa jual baju. Nak murah semua nate (binatang) beruk ni.

"Tak nak dah aku jual baju ni, tak untung langsung," ujarnya dalam dialek Kelantan.

Tak (mahu) jual dah, aku malas nak jual baju bundle... gila dah aku rasa.

PENIAGA

Lebih parah, dia turut bertindak mengoyak dua helai baju ketika siaran live itu.

"Demo nak harga murah semua. Tak jual baju pun tak apa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mengecam tindakan peniaga itu yang dilihat keterlaluan dan melampau.

"Tak memasal marah dapat rugi. Duit tak dapat, baju koyak, pelanggan lari.

Khairulnizam Haron, 29, arranging the second-hand clothes he sells at his shop here at Bandar Baru Uda. — THOMAS YONG/The Star

Ramai peniaga bundle kini berniaga secara siaran live menerusi media sosial. (Gambar Hiasan)

"Jualan lelong bukan boleh letak starting price? Tahun 2017 dulu aku suka beli baju bundle sebab murah murah, sekarang ni banyak yang mahal sebab apa eh?

"Saya pun seller. Relax je kalau harga bid separuh daripada harga modal. Rezeki tu Allah tetapkan, kalau dah bukan rezeki tak apa la.

"Dia baru first time main bid ke? Salah sendiri, sendiri baran. Letak la harga minimum abe wey. Kelantan betul," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain