suria

Mahal macam beli di mall! Kedai dalam hospital kerajaan diarah turun harga selepas jual roti sosej ‘cekik darah‘

Pengadu membuat aduan di Facebook sehingga meraih perhatian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

SITUASI ekonomi yang tidak menentu menyebabkan rakyat Malaysia mula 'berkira-kira' dalam mengeluarkan belanja.

Jika disoroti media sosial, ramai netizen turut berkongsi luahan hati mereka apabila terpaksa membayar harga yang mahal untuk membeli makanan asas.

Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Dr. Choudhry Sundaram Padiachee turut mengadu mengenai harga roti sosej di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang disifatkan tidak masuk akal.

mahal3

Sebahagian komen netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan harga roti itu.

"Pergi ke bakeri di hospital hari ini. Terkejut dengan roti sosej ayam yang harganya tak boleh bawa bincang. Ya, anda tengok sendiri RM5 untuk roti sosej yang ringkas.

"Keluar sekejap kedai tersebut kot-kot berada di pusat beli-belah. Harga sewa mahal, jadi harga roti mahal okaylah. Tanya balik juruwang untuk sahkan harga sosej ni. Juruwang angguk dan cakap ya memang harganya seperti tertera pada resit tersebut," ujarnya.

Menurut pengadu lagi, dia tertanya-tanya punca di sebalik harga roti yang tidak masuk akal memandangkan premis perniagaan itu terletak dalam hospital kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucur cempedak RM2 seketul mahal atau berpatutan? Ramai saran beli buah goreng sendiri, tak guna merungut

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas standby RM2 nak beli kopi, tapi tercengang dicaj RM10! Membebel dalam hati... “Dah la mahal, tak ada gula pula!”

"Kalau ini harganya, macam manalah keluarga pesakit atau kakitangan nak beli atau sokong kedai-kedai kat hospital?

"Sewa tapak kat hospital kerajaan mahal sangat ke sampai kena naikkan harga sampai macam ni? Ataupun harga bahan mentah mahal sangat?" ujarnya yang mengakui sudah enam tahun berkhidmat di hospital itu.

Posting yang dibuat menerusi laman Facebook pada Isnin itu turut disertakan dengan foto sebuku roti yang sedang diukur dengan pembaris plastik.

Terkejut dengan roti sosej ayam yang harganya tak boleh bawa bincang.

DR. CHOUDRY SUNDARAM PADIACHEE

Segelintir netizen turut menyelar tindakan peniaga yang dianggap cekik darah dan mengakui kasihan akan nasib pembeli yang berkunjung ke premis itu.

"Orang yang datang hospital tu bukan orang kaya. Roti dengan hotdog RM5. Bayangkan kalau anak kecil nak makan roti tu tapi mak ayah tak mampu nak bayar, lebih baik beli nasi.

"Saya dapat bayangkan kanak-kanak yang nak (roti) tetapi mak ayah tak mampu belikan.

"Mungkin roti itu memberi nutrisi yang tiada bandingannya," tulis seorang lagi netizen secara berseloroh.

mahal2

Kenyataan penuh JKNJ berhubung kes itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu memaklumkan pihaknya telah mengarahkan premis terbabit untuk menurunkan harga jualan kepada harga yang sewajarnya.

"Semakan telah dibuat dan jabatan ini ingin mengesahkan bahawa isu tersebut adalah berasas. Pihak pengurusan telah mengarahkan syarikat untuk menurunkan harga jualan kepada yang sewajarnya.

"Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan.

"Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini," ujar kenyataan itu yang dikongsi menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) pada Rabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain