suria

Cucur cempedak RM2 seketul mahal atau berpatutan? Ramai saran beli buah goreng sendiri, tak guna merungut

Foto yang tular memaparkan harga bagi cucur cempedak dan mencetuskan komen hangat netizen.

CUCUR cempedak atau cempedak goreng semestinya menjadi antara kuih kegemaran ramai.

Disebabkan tidak dijual sepanjang masa kerana berbuah mengikut musim, maka tidak hairanlah ia mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada para penggemar.

Dek kerana itu, ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kuih berkenaan.

cempedak 2

Cempedak berbuah mengikut musim. Gambar hiasan. Foto: Azhar Mahfof/The Star

Ditambah pula dengan situasi terkini yang menyaksikan kebanyakan harga barangan seperti minyak masak mulai meningkat, harga cempedak goreng dijual sehingga lebih sekali ganda dan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial memaparkan gambar cucur cempedak beserta tanda harga yang diletakkan iaitu RM2 seketul.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan merungut harga kuih 50 sen sebiji, tapi terus terkedu bila peniaga bagi jawapan ‘makan dalam’ - “Makcik tak nak duit kau dik... sedekah”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bundle tenang disindir tergamak jual baju lusuh, kedut harga RM890... anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan tidak menyatakan lokasi sebenar gerai yang menjual cucur tersebut.

Ternyata perkongsian itu mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya menyifatkan harga yang diletakkan peniaga tersebut adalah sangat keterlaluan.

cempedak 1

Cucur cempedak sememangnya 'laku keras'. Gambar hiasan

"Ini harga macam nak pergi haji balik hari. Apa mahal sangat? Agak-agaklah peniaga pun.

"Nampak harga terus pusing ke belakang semula," demikian antara komen netizen.

Namun ada yang berpendapat, kenaikan tersebut adalah disebabkan harga buah cempedak mentah sememangnya mahal pada ketika ini, di mana peniaga juga perlu mengambil kira kos penyediaan bahan-bahan lain.

"Buah cempedak sekarang sekilo RM10. Sebiji empat kilogram jadinya RM40.

Ini harga macam nak pergi haji balik hari. Apa mahal sangat? Agak-agaklah peniaga pun.

NETIZEN

"Sebiji buah cempedak mentah ingat murah ke? Dah siap goreng, dengan minyak dan tepung, lain-lain kos lagi.

"Baru kelmarin beli, paling murah RM9 sekilo. Yang mahal RM12 sekilo. Beli dua biji terus. Memang banyak isi, puas hati. Nak makan sedap tapi berbaloi, carilah kedai yang jual buah cempedak, bukan kedai yang jual goreng cempedak," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menyebelahi peniaga kerana tidak mempunyai pilihan disebabkan kenaikan harga barangan.

komen cempedak

Rata-rata netizen menyifatkan harga RM2 bagi seulas cucur cempedak amat tidak munasabah.

"Bila jual mahal sikit, orang cakap nak untung lebih. Peniaga ni bukan nak untung sangat pun, balik modal pun cukuplah.

"Cubalah jadi peniaga dahulu... kemudian baru tahu macam mana rasanya," komen netizen.

Gambar yang turut dikongsikan di laman Facebook Viral Media Johor itu meraih 117 shares.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain