suria

Balik kerja jam 7 petang terus bantu isteri buat donat... kemudian jual 10 sen sebiji! Peniaga anggap ‘harga padan dengan saiz’

Idham menjual donut dengan harga 10 sen sebiji.

SEORANG lelaki menjual donat dengan harga tidak masuk akal pada zaman ini yang mana ramai 'bergelut' dengan kenaikan harga barang.

Kisah ini mula mendapat perhatian apabila perniagaan kuih itu yang dijalankan Idham Syafiq Darmilus, 34, dari atas motosikal dan berharga cuma RM0.10 sebiji tular di media sosial.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Idham berkata dia meletakkan harga murah untuk produk jualannya idea dengan niat mencari pendapatan sampingan sambil berbakti kepada masyarakat terutama golongan susah.

"Sebenarnya, idea asal donat 10 sen ni daripada kakak ipar.

"Dia yang mula dulu tapi selepas dia berhenti berniaga, saya dan isteri sambung buat dekat rumah.

"Isteri akan siapkan donat tu kemudian saya akan pergi menjual dekat depan Maybank Kuala Terengganu lepas balik kerja," ujar Idham.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terjentik nampak pelajar UTM kira duit syiling nak bayar nasi lemak RM1, peniaga kafe pesan jangan tahan lapar... Tawar makanan percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk paru, udang, ayam RM2 je! Peniaga tak sangka ‘dapat susah’ selepas jual nasi lemak murah, terima mesej ugutan - “Saya faham ramai terkesan, tertekan”

Menurut bapa kepada lima anak ini, walaupun niat menjual kuih tersebut untuk mencari pendapatan sampingan, dalam masa sama dia gembira dapat menggembirakan orang ramai serta membantu mengurangkan beban golongan miskin.

Dia yang bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Terengganu mula berniaga donat setiap hari kecuali Selasa sejak 2016 bermula di Maybank, Dungun dengan jumlah adunan 2 kilogram tepung sehari.

Walaupun negara ini dilanda isu kenaikan harga barang, namun Idham masih mengekalkan harga yang rendah itu sehingga ke hari ini tanpa mengabaikan soal kualiti.

Bagaimanapun dia kini telah berpindah ke lokasi baharu di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu sejak seminggu lalu.

Idham berniaga donat dekat Maybank di Kuala Terengganu.

"Saya jual kuih ni asbab cari rezeki tambahan. Sambil berniaga saya beramal... niatkan untuk bersedekah sebab percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.

"Saya jual donat saiz mini saja jadi padanlah dengan harga 10 sen. Dengan harga murah ni semoga cukup untuk bantu mereka yang mempunyai anak ramai.

"Waktu siang saya buat kerja hakiki dulu. Lepas balik kerja pukul 7 petang, saya siapkan buat donat dengan isteri dan mula jual lepas pukul 9 malam. Saya bersyukur kerana donat saya laris, habis licin," katanya.

Saya jual kuih ni asbab cari rezeki tambahan. Sambil berniaga saya beramal.

IDHAM

Mengakui pernah terkesan sewaktu Covid-19 melanda namun rasa ingin berbakti kepada masyarakat sentiasa berkobar dalam dirinya..

Apatah lagi, dia sendiri banyak menerima bantuan daripada jiran tertangga, keluarga serta rakan-rakan sewaktu terkesan akibat pandemik.

"Pengalaman hidup nak kata terlalu susah tu tak juga. Kehidupan saya sekeluarga biasa-biasa saja. Ada kerja, ada gaji.

Idham (belakang, kiri) bersama ahli keluarganya ketika Aidilfitri 2021.

"Cuma terkesan waktu PKP dulu saja. Masa tu kedai makan kena tutup jadi saya tak ada pendapatan

"Waktu itulah rasa susah sikit. Tapi saya bersyukur dipertemukan dengan orang sekeliling yang baik, banyak bantu... membuatkan saya faham dan mahu teruskan jual donat dengan harga murah ini," katanya.

Video Idham sedang berniaga tular selepas dikongsi oleh pelayar TikTok, @kaknis_

"Sudahlah abang ni jual murah. Sedap pula tu. Orangnya pun peramah sangat. Donat dia sedap gebu, berebut makan," tulisnya pada video.

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar Idham sentiasa dimurahkan rezeki apabila ikhlas menjual kuih pada harga rendah itu.

Komen netizen pada video tular.

"Termurah di pasaran. Semoga pakcik ini dimurahkan rezeki selalu.

"Semoga murah rezeki abang ni. Berniaga sambil bersedekah. Dalam keadaan barang tengah naik harga dia tetap jual murah.

"Allah... sekarang orang jual dua seringgit (RM1). Macam mana pakcik ni boleh jual 10 sen. Moga dipermudahkan urusan pakcik ya," komen netizen di TikTok tersebut.

Ujar Idham, dia berasa puas hati dengan harga 10 sen ditetapkan, maka lebih ramai yang dapat makan donut dijual olehnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain