BETAPA hancurnya hati seorang wanita apabila pengorbanan dan cinta yang dicurahkan dibalas dengan pengkhianatan oleh si tunang.
Demikian hakikat pahit yang perlu dilalui oleh wanita ini apabila dirinya 'dibuang' begitu sahaja setelah banyak berkorban dan setia sepenuh hati.
Lebih perit, lelaki yang pernah berjanji untuk menyuntingnya sebagai isteri, akhirnya mengkhianati ikrar selepas berjaya menggapai impian dan memilih untuk membuka lembaran baharu bersama wanita lain.
Tempoh percintaan menjadi fasa pasangan mengenali hati budi masing-masing. -Gambar hiasan
"Aku terima dia dari operator kilang sampailah (dia) jadi cikgu. Aku yang tolong dia buat fail untuk interview, aku iron baju dia pergi interview, aku yang lambai dia.
"Aku gadaikan emas aku untuk tolong bayarkan yuran dia masuk cikgu. Aku bayarkan dia segala-galanya sementara nak dapat cikgu.
"Aku buat overtime sampai 70-80 jam untuk tolong dia, tahan perut. Duit yang aku bagi, dia bawa perempuan lain makan sedap-sedap, dia ajak perempuan lain kahwin… cikgu satu sekolah dia," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu selekeh, kulit gelap... Dah pandai melawa minta putus tunang! Kakak simpati adik jaga jodoh orang lain, dituduh curang
ARTIKEL BERKAITAN: Kebenaran terbongkar lepas sebulan tunang, pasangan kantoi skandal janda berumur! Bakal mentua minta peluang kedua
Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, walaupun begitu dia sanggup merendahkan maruahnya dengan merayu untuk meraih kembali cinta tunangnya.
Namun lelaki berkenaan tanpa rasa bersalah menolak dengan dingin, seolah-olah hubungan yang pernah dibina selama bertahun-tahun itu tidak pernah wujud.
"Dia hina aku, dia cakap aku perempuan tak ada otak, tak sekufu dengan dia... selepas tiga tahun bersusah dengan dia.
"Aku cari perempuan tu, tiga kali kantoi… perempuan tu tak berundur langsung. Sakit hati aku. Aku menangis… sakit sangat.
Seorang wanita kecewa ditinggalkan tunang selepas banyak bantu lelaki itu capai impian menjadi guru.
Sepanjang perhubungan, wanita itu banyak berkorban termasuk gadai emas, kerja lebih masa dan tanggung kos pendidikan tunang.
Namun setelah berjaya, lelaki itu pilih jalin hubungan dengan rakan sekerja dan putuskan pertunangan tanpa rasa bersalah.
Wanita itu dedah dirinya dihina, dianggap tak sekufu dan tak berpelajaran.
Kisahnya mendapat simpati netizen yang memuji ketabahannya dan mengecam tindakan lelaki tak kenang budi.
"Untuk A**** dan H****, Allah tu ada. Setiap air mata perempuan ini mengalir, saya harap anda berdua turut merasakannya," tulisnya mengakhiri luahan.
Luahan pilu wanita itu meruntun hati ramai netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa simpati namun dalam masa sama menasihatinya agar terus kuat dan tidak menyalahkan diri atas kegagalan hubungan itu.
Dalam pada itu, sebahagian yang lain meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap bekas tunangnya yang dianggap tidak mengenang budi dan kejam.
Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Tak apa, kau tunggu je Allah beri balasan. Ada la kifarahnya.
"Bersyukurlah Allah tarik dia awal-awal. Takut lepas kahwin nanti, kain buruk je dia jadikan awak.
"Saya boleh rasakan kesakitan yang dia rasa... sebab kisah saya dengannya hampir sama, cuma kami lain jantina. Selama 10 tahun, bayar semua bagi semua tapi dibalas dengan curang," demikian antara komen netizen.


