suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irfan Zaini kenang pengalaman berkali-kali gagal uji bakat, setahun duduk rumah tiada tawaran kerja

Irfan juga pernah melalui fasa sukar apabila tidak menerima sebarang tawaran.

DI SEBALIK kejayaannya mencipta nama dalam dunia seni, pelakon Irfan Zaini memberitahu dia pernah berdepan situasi tiada sebarang tawaran kerja dalam tempoh yang lama.

Bukan hanya itu, Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 31, berkata dia juga pernah melalui pengalaman gagal dalam sesi uji bakat.

"Ada masa saya pernah duduk rumah hampir setahun. Pergi uji bakat tapi ditolak berkali-kali.

Perkongsian Irfan di Threads. 

"Ada masa saya sendiri tertanya-tanya, bila agaknya rezeki akan sampai," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Jumaat.

Irfan berkata demikian sebagai respons terhadap satu komen peminat yang meluahkan rasa kagum apabila beberapa filem lakonannya kini sedang ditayangkan di pawagam.

Tersentuh dengan komen tersebut, Irfan memberitahu dia mula terkenang usaha yang dilakukan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Zaini berlakon filem Tamil dengan Vijay, dibayar lumayan berbanding di Malaysia 

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Zaini sibuk penggambaran di India, mak sampai nak buat ‘appointment’ untuk jumpa

Malah, Irfan turut meluahkan penghargaan buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjaya seninya.

"Komen itu buat saya berhenti sekejap dan pandang semula perjalanan saya. Selama ini terlalu sibuk mengejar ke depan, sampai terlupa sejauh mana saya sudah berjalan.

"Semua ini adalah rezeki dan saya tahu tidak akan sampai di sini tanpa sokongan anda semua.

Nama Irfan kini semakin menjadi perhatian ramai.

"Terima kasih kerana sentiasa percaya. Saya janji akan terus berusaha, terus berkarya dan tidak akan pernah mengalah," ujarnya.

Terbaharu, Irfan tampil dalam filem berjudul Irumbuth Thottam yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain