BERKONGSI pengalaman peribadi, pelakon dan penyanyi Lufya Omar memberitahu dia pernah mengalami tekanan selepas melalui fasa perceraian dengan bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 41, turut memberi gambaran mengenai kehidupan rumah tangga yang tidak bahagia kerana dicurangi pasangan selain sanggup meninggalkan kerjaya seni. "Selepas perceraian enam tahun lalu saya tertekan, saya gemuk kerana untuk gembira saya makan banyak. Sangat kecewa kerana meninggalkan kerjaya, setia dalam perkahwinan sebelum ini tetapi dibalas dengan kezaliman dan kecurangan.Luahan Lufya di Instagram. "Dunia ini macam rasa dah terbalik. Kehidupan yang dijalani tidak seperti yang dicemburui oleh ramai. Ketika itu saya fokus perbaiki diri, fokus nak besarkan anak dan keluarga sahaja. Pintu hati saya ditutup buat selamanya," tulis Lufya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.Pelakon ini turut mendedahkan dia pernah berdepan situasi apabila diminta untuk membuka tudung ketika berhasrat kembali aktif dalam dunia seni.Biarpun berdepan pelbagai dugaan, Lufya kembali bangkit dengan memulakan perniagaan menjual produk makanan dan terpaksa belajar membuat kek selepas mendapat permintaan ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Omar tarik balik tuntutan nafkah anak, lepaskan tanggungjawab bekas suami... "Ada seseorang yang berhutang besar dengan saya di akhirat nanti" ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah ‘pukul rata’, Lufya kecewa kumpulan usrah dituduh sokong jenayah…. Tepis komen melampau netizen"Saya nak kembali berlakon tetapi tawaran yang datang menginginkan saya melepaskan hijab. Saya tertekan dengan keadaan dan kewangan."Satu hari saya berdoa pada Allah, jika keputusan melepaskan hijab ini Kau tidak reda, maka bantulah aku mencari rezeki yang halal. Pandaikan aku berniaga."Suatu hari ibu suruh saya jual kek orang iaitu kek durian. Makin lama makin laris sampai yang buat kek dah penat dan tak mampu buat. Saya dipaksa belajar sendiri," kongsinya.Lufya juga aktif berjuang dalam misi keamanan. Bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki kini, Lufya juga berharap dia dapat memberi contoh terbaik buat anak perempuannya, Laana Haura.Bukan sekadar berjaya dalam perniagaan, Lufya dalam masa sama menyimpan hasrat untuk terus berjuang dalam misi keamanan membantu negara-negara Islam yang ditindas.Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan sah bercerai pada Jun 2020.Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia sembilan tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube