KUMPULAN rock XPDC Kita Peng Yu tidak melatah dengan dakwaan konsert mereka di Sabah pada 8 Ogos lalu kurang mendapat sambutan.Menurut anggotanya, Zuar atau Azuar Md Tasi perkara itu tidak menjejaskan reputasi kumpulan berkenaan kerana mereka lebih mengutamakan kualiti persembahan setiap kali berada di atas pentas. “Bagi kami, reputasi itu adalah pada persembahan kami, bukan berapa ramai orang yang datang. Kalau band handal sekalipun tetapi jika penganjur tidak buat promosi, orang tidak datang juga.Zuar (kanan) Arry dan Jatt Ali semasa latihan konsert XPDC Kita Peng Yu Headbang Live & Loud.“Janji penganjur bayar, kami tetap akan jalan dan buat persembahan. Kami cari duit, bukan cari orang. "Panggil kami main di rumah sekalipun, janji bayar harga kami, kami datang,” katanya kepada mStar.Kata pemain gitar bass itu lagi, XPDC Kita Peng Yu tidak kisah sekiranya jumlah penonton yang hadir sedikit kerana mereka tetap akan memberikan persembahan terbaik dalam apa juga keadaan.ARTIKEL BERKAITAN: XPDC Kita Peng-Yu kenang jasa, rancang tabung khas bantu IsmahalilARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini tak pernah tercapai“ - XPDC Kita Peng Yu tunggu 2 dekad untuk konsert metal 60anMalah, katanya, mereka juga menerima bayaran lumayan walaupun jumlah penonton tidak seperti yang diharapkan.“Kami tetap akan main dan hiburkan mereka yang datang. Berapa ramai pun tidak menjadi masalah. Yang penting kami buat kerja dan berikan persembahan terbaik.“Mungkin promosi mereka tidak cukup kuat di sana. Tetapi dari segi bayaran, kami dilayan dengan sangat baik dan penganjur tidak menghampakan. Rock pun bukan semua orang minat.ZUARPEMAIN BASS XPDC KITA PENG YU“Mereka bayar dengan harga yang baik, jadi tiada masalah bagi kami,” ujarnya.Dalam pada itu, Zuar berpendapat keadaan di lokasi konsert mungkin menjadi antara faktor yang menyebabkan jumlah penonton rendah.Katanya, kewujudan karnival serta ramai peniaga di luar kawasan konsert mungkin turut mempengaruhi kehadiran penonton.“Mungkin orang di sana tidak mempunyai banyak wang untuk membeli tiket. Tambahan pula, rock pun bukan semua orang minat.XPDC Kita Peng Yu sudah bersedia hiburkan peminat.“Jadi tentang ramai atau tidak orang yang datang, itu daripada pihak penganjur,” kongsinya.Sementara itu, kumpulan berkenaan bakal mengadakan konsert XPDC Kita Peng Yu Headbang Live & Loud pada 22 Ogos ini di Odeon Kuala Lumpur.Menurut Zuar, konsert tersebut akan mengetengahkan lagu-lagu daripada album Metal 60'an yang diterbitkan pada 1997."Konsert itu akan jadi lebih istimewa kerana akan menampilkan segmen penghargaan buat vokalis kami iaitu Allahyarham Mael dan adik Allahyarham turut akan membuat kemunculan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!