suria

Orang tak nampak kedai, nasi cepat basi… Ayie Floor88 kesal ada individu tergamak hantar sihir, terpaksa mengalah tutup restoran

VOKALIS kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Ilham mendedahkan dia dan keluarga mengalami gangguan misteri dipercayai ditujukan oleh seseorang yang cemburu dengan kehidupannya.

Menurut Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee bin Elhamshah, 26, kesan daripada gangguan tersebut, dia terpaksa mengambil keputusan menutup perniagaan restoran Elham Cafe dan mencari peluang mencuba bidang perniagaan baharu.

“Mungkin ada yang tahu atau terlepas pandang sebab restoran saya sudah tutup sebenarnya sebab dulu pernah kena gangguan misteri dan pelik yang dihantar kepada saya.

“Saya mengalami gangguan misteri itu selama lima bulan dan bila berjumpa dengan ustaz, kemudian ustaz beritahu ada orang cemburu dengan kehidupan saya...sampai sepupu saya sendiri tak nampak kedai saya dan nasi yang pekerja masak pun basi.

“Selepas tu saya ambil keputusan untuk hentikan perniagaan tersebut dan sekarang ini fokus kepada bidang perniagaan online pula la, tapi kepada yang buat tu saya maafkan semoga mendapat hidayah,” kata Ayie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi