suria

Imbau kenangan bersama arwah bapa, Atu Zero ingat pesanan ‘anak jantan’ tak boleh menangis… “Sedih pun hanya senyum”

PELAWAK Atu Zero memberitahu kenangan yang tidak boleh dilupakan dalam hidupnya adalah semasa bercerita masalah yang dihadapi kepada arwah bapanya, Sharif Doli.

Kata Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, walaupun ayahnya tidak mampu berkata serta mendengar, tetapi arwah adalah manusia yang paling memahami diri pelawak tersebut.

“Saya boleh dikatakan 17 tahun duduk di kampung tak pernah berpisah dengan keluarga saya, apapun masalah yang jadi saya akan balik juga.

“Orang pertama saya akan jumpa ayah saya, ramai tanya kenapa tak cari mak macam arwah bapa saya bisu tak boleh bercakap tak boleh mendengar.

“Tapi saya lebih selesa untuk rujuk dengan dia sebab dia faham tak perlu cerita pun dia dah faham apa yang saya nak luahkan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi