suria

Charly seronok kembang karier di Malaysia, bangga dapat nyanyi semula lagu popular Allahyarham Saleem

SELEPAS kejayaan Konsert ST12 di Kuala Lumpur pada 14 March lalu, penyanyi Charly memberitahu dia dilamar oleh label muzik di Malaysia.

Selain itu, Charly atau nama sebenarnya Charly Van Houten, 44, berkata dia teruja apabila diberikan peluang untuk merakamkan kembali lagu cover Allahyarham Saleem Iklim berjudul Bukan Ku Tak Sudi.

“Konsert ST12 yang lalu mendapat sambutan hebat dalam kalangan peminat muzik di Malaysia dan sangat bahagia bagi saya melihatnya.

“Selepas melihat kejayaan tersebut, akhirnya label muzik Menara Network dan Menara Muzik mengambil saya untuk membuat satu projek penghargaan daripada karya-karya muzik yang oleh saya dan salah satunya adalah penyanyi Saleem.

“Saya teruja bila dapat menyanyikan lagu Bukan Ku Tak Sudi ini kerana ia mempunyai jiwa, lagipun saya memang idola Allahyarham Saleem daripada kecil lagi, harap semua boleh terima lagu cover saya ini ,” kata Charlie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi