suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Walaupun masa kami tak banyak”… Syafiq Farhain rindu arwah Saleem, teringat jika duduk sendirian

MENJELANG raya yang bakal menjelma, penyanyi Syafiq Farhain memberitahu kenangan bersama arwah bapanya iaitu Allahyarham Saleem adalah perkara yang paling dirindui.

Kata Syafiq atau Nursyafiq Farhain A.M Salim, perasaan rindu itu semakin menebal apabila dia mula menginjak dewasa.

“Ini cerita masa kecil, dulu pernah beraya dengan arwah bapa walaupun masa antara kami tak panjang.

“Tapi sejak kebelakangan ini bila dah semakin dewasa ini itulah perkara yang paling saya rindu.

“Rindu nak beraya dengan ayah kita sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafiq sempat berkongsi perkembangan terkini keadaan isterinya yang sedang sarat hamil lapan bulan.

“Setakat ini Alhamdulillah isteri saya tiada nak mengidam perkara pelik-pelik makan sabun ke minum minyak motor tu belum lagilah.

“Untuk jantina saya tak mahu dedahkan lagi sebab kadang-kadang scan lain keluar lain jadi tunggu dahulu,” ujarnya.

TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi