suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu artis curang buat isteri Danial Zaini rasa ‘insecure’, ambil tahu aktiviti suami setiap hari… “Risau tu perlu ada”

MELIHAT isu penceraian dan curang dalam kalangan selebriti menjadi topik bualan hangat sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelawak Danial Zaini iaitu Yasmine mengakui bimbang jika rumah tangga mereka diuji perkara sama.

Meskipun risau dengan kewujudan penyondol, Yasmine atau nama sebenarnya Yasmine Umaira Yahya, berkata dia tetap memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada suami dan tidak menghalang untuk terus melakukan aktiviti seni.

"Kerisauan itu pasti ada tak boleh ambil sambil lewa dengan siapa dia keluar atau pergi dan buat apa, saya sebagai isteri ni mesti kena ambil tahu perkara itu, bukan untuk mengongkong atau apa tapi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tapi nasib baik Danial ni orang yang setia... bagi saya kejujuran itu penting dalam perhubungan, kalau dia beritahu semua tu, tahap risau tu mungkin akan berkurangan sikit,” Kata Yasmine kepada mStar.

Dalam pada itu Danial memberitahu meskipun begitu isterinya tidak memberikan halangan mahupun sekatan untuk melakukan aktiviti harian dan kerjaya seni.

"Walaupun sekarang ini pelbagai isu curang berlaku tapi isteri saya tidak pernah letakkan halangan atau sekatan pada saya... dia jarang ikut saya pergi mana-mana event tapi saya akan paksa juga yang penting jujur pada dia," kata Danial kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi