suria

Siti Nordiana seronok berniaga di TikTok, semangat buat live lepas dapat ‘beg kuning’

PENYANYI Siti Nordiana memperlahankan karier seninya sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan dia fokus kepada ibadah selain perniagaan menjual sambal dan tudung di TikTok.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana berkata, dia juga tidak menyangka dengan sambutan daripada pembeli memandangkan hanya menjual menerusi video siaran langsung di TikTok.

"Rasa seronok sebenarnya sebab dari dulu lagi Nana memang suka berniaga, bila ada platform live ini, boleh letak 'beg kuning' memang teruja dan hari-hari saya buat live.

"Tengok sambutan penonton pun bukan peminat saya sahaja, tapi ramai yang masuk dan membeli produk yang saya jual," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nana berkata, meskipun memperlahankan karier seni namun dia tetap mempromosikan single terbaharunya bersama kumpulan Saujana berjudul Keluarga Bahagia.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi