suria

Afifah Nasir terima banyak ‘job’ komedi, kelakar sejak masuk Sepahtu Reunion… “Saya tak boleh tengok muka Jep”

PERNAH diundang sebagai artis jemputan dalam program Sepahtu Renioun Live, pelakon Afifah Nasir berkata ramai peminat mula melihat karakter lucu dalam dirinya.

Gara-gara itu, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, 30, berkata dia menerima banyak tawaran membintangi watak komedi dalam drama.

“Sebenarnya daripada awal tahun lagi Afifah banyak luangkan masa di set penggambaran, selalu berjumpa dengan orang yang kelakar dan banyak dapat tawaran cerita komedi jadi seronok juga berkerjasama dengan pelawak ni.

“Ramai juga yang cakap mereka suka tengok Afifah dekat set Sepahtu Renioun, lagipun saya memang suka sertai mereka sebab kelakar... tambahan pula dengan abang Jep sangat kelakar, mereka tu dah macam abang saya sebab setiap musim akan sertaikan,” kata Afifah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi