suria

Pengalaman lalu mematangkan Sufian Suhaimi, akui kurang aktif di media sosial… “Kalau dating tak post”

KURANG terpalit dengan kisah sensasi mahupun kontroversi membabitkan dirinya, penyanyi Sufian Suhaimi meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kehidupannya hari ini.

Kata Sufian, 31, pengalaman terdahulu banyak mematangkannya malah lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak melampaui batas.

“Alhamdulilah saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang ini segala apa yang dibuat itu memang mengikut perancangan tapi tak mahu selesa jadi untuk tahun 2023 ni, kalau boleh mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.

“Kita sudah matang dalam membalas segala komen netizen dengan cerita yang keluar di sosial media semuanya, saya rasa itu tidak menggangu selagi saya tahu apa yang dilakukan itu tidak melampaui batas atau menyusahkan orang lain,” kata Sufian kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi