suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka hati pakai tudung, Maryam kongsi kisah mula berhijab… Geram dipaksa tanggal, minta tipu netizen

PERSONALITI media sosial Maryam You Narae meluahkan rasa syukur apabila menerima hidayah untuk mengenakan hijab dengan kerelaan hatinya sendiri.

Berkongsi detik awal penghijrahannya itu, Maryam berkata dia menerima tawaran untuk menjadi model bagi sebuah jenama tudung untuk bulan Ramadan dan daripada situ terdetik hatinya mahu kekal berhijab sepanjang masa.

Menerusi segmen Hijrahku, secara eksklusif mStar menemubual Maryam mendengar perjalanan kisah hijrahnya.

"Tiba-tiba saya dapat tawaran jadi model tudung untuk bulan Ramadan dan saya berfikir mungkin Ramadan kali ini saya nak cuba bertudung secara tetap.

"Dalam satu hari 20 tudung saya pakai... saya risau sebab dulu tak selesa, panas dan tak sesuai dengan saya.

"Tapi pada hari tersebut saya cuba pakai 20 tudung pun saya suka dan sangat selesa, jadi selepas itu saya konsisten pakai tudung sampai sekarang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Maryam sempat berkongsi cerita pernah diminta menanggalkan tudung bagi menjalani penggambaran sebuah iklan.

"Saya dah marah mereka tapi lagi saya marah lagi mereka minta saya tipu netizen, tak bolehlah.

"Jadi saya memang tolak tawaran mereka dan tak mahu buat apa yang mereka minta selepas itu mereka diam sahaja," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi