suria

Lisa tak sangka video iklan dengan Beto tular, peminat teringat ‘Istanbul Aku Datang’… “Semasa itu saya di Madinah”

PELAKON Datin Lisa Surihani bersyukur video komersial lakonannya bersama suami Datuk Yusry Abdul Halim serta Beto Kusyairy menerima maklum balas positif.

Kata Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dia tidak menyangka video pendek itu diterima baik sehingga ada peminat terimbau babak dalam filem Istanbul Aku Datang.

“Sebenarnya itu idea dari klien sendiri dan sudah tiga kali saya bekerjasama dengan mereka.

“Dengan Beto tu bila saya tengok skrip macam seakan-akan macam ada elemen filem Istanbul Aku Datang.

“Ia mengembalikan memori yang indah dan saya tak sangka ia viral sebab masatu saya di Madinah,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Lisa sempat berkongsi persiapan raya bersama keluarga untuk tahun ini.

“Persiapan raya sebelum memasuki bulan Ramadan saya dah selesaikan sebab saya dan suami pergi menunaikan umrah untuk dua minggu pertama dalam bulan tersebut.

“Tapi kami sebenarnya pakai baju raya dua hari saja iaitu pada hari raya pertama dan kedua sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi