suria

Founder produk berlumba-lumba keluar lagu, Aepul Roza anggap karier nyanyian sudah tiada nilai

VOKALIS kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza melihat tindakan segelintir usahawan yang menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu mampu menggugat karier artis lain dalam industri muzik tempatan.

Aepul atau Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 35, berkata, kecanggihan teknologi juga turut memudahkan sesiapa sahaja yang mahu bergelar penyanyi meskipun tidak mempunyai bakat.

"Ada rasa terkilan sikit sebab bila perkara-perkara begini (usahawan jadi penyanyi) dibiasakan, kita akan dapat rasa pekerjaan sebagai penyanyi seperti sudah tiada nilai.

"Sebab sesiapa sahaja boleh menyanyi apatah lagi dengan bantuan teknologi canggih, nyanyilah macam mana pun, ia boleh jadi lagu," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Aepul tidak menafikan tindakan golongan ini bergelar penyanyi adalah strategi perniagaan yang baik dalam memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan.

TONTON VIDEO BIZIBODY DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi