suria

Dengar ceramah Ustaz Wadi Annuar fasal kiamat dan dajjal buatkan Zizi Kirana ‘tersentak’, berdoa agar kekal terus istiqamah dalam berhijrah

PENYANYI Zizi Kirana memberitahu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah waktu yang membuatkan dirinya mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Berkongsi detik awal penghijrahannya itu, Zizi berkata dia banyak menonton video ceramah Ustaz Wadi Annuar semasa PKP dahulu membuatkan dirinya kembali tersedar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Menerusi segmen Hijrahku, secara eksklusif mStar menemubual Zizi mendengar perjalanan kisah hijrahnya.

“Saya banyak dengar ceramah Ustaz Wadi Annuar semasa PKP dahulu, waktu saya dengar ceramah tentang hari kiamat fasal dajjal semua tu.

“Lepas dengar tu saya jadi takut lepastu tiba-tiba rasa macam apa ya fungsi saya hidup.

“Saya boleh katakan ceramah Ustaz Wadi banyak membantu saya semasa awal penghijrahan saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO HIJRAHKU DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi