suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syukur! Melia Aimelia terima banyak ‘job’ selepas kongsi kisah jaga bapa sakit, tak lama lagi jadi penyanyi pula

SELEPAS kisah pelakon Melia Aimelia menjaga bapa yang sedang sakit kanser disiarkan mStar tahun lalu, aktres itu memberitahu dia menerima banyak tawaran lakonan.

Kata Melia, 29, bukan sahaja tawaran sebagai pelakon, malah dia juga bakal melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.

“Alhamdulilah selepas temu bual mStar, ada sinar baharu dalam hidup saya... banyak juga tawaran lakonan diterima. Tak sangka pula ramai yang berikan Mel peluang untuk aktif kembali dalam industri hiburan.

“Selain itu, Mel juga bakal lancarkan single terbaharu tidak lama lagi, mungkin selepas raya sebab sekarang masih lagi dalam proses rakaman lagi.

“Keadaan ayah masih lagi sama tak banyak yang boleh Mel kongsikan, tak pulih sepenuhnya mahupun sakit cumanya sekarang ini pihak hospital tidak lagi lakukan rawatan kemoterapi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi