suria

Fasha Sandha trauma dijangkiti Covid-19, mungkin tak lagi beraya di kampung mulai tahun depan

Fasha trauma dia dan keluarga dijangkiti Covid-19 ketika menyambut Syawal.

PELAKON Fasha Sandha berada dalam keadaan trauma selepas dia disahkan dijangkiti virus Covid-19 pada hari raya pertama lalu.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkara itu juga membuatkan dia beremosi sehingga terfikir untuk tidak lagi meraikan hari raya di kampung bermula tahun depan.

"Covid-19 memang boleh sembuh tapi juga membawa mau untuk orang berisiko, virus ini merbahaya.

"Sebab itu saya sangat beremosi. Mungkin mulai tahun depan saya pilih untuk tidak beraya di mana-mana kampung bagi mengelakkan perkara sebegini berulang.

553-3

Fasha sedih tidak dapat beraya di Perlis kerana dijangkiti Covid-19.

"Saya sangat trauma atas apa yang jadi ini," katanya.

Fasha meluahkan rasa kecewanya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu rasa sakit hatinya ketika ini melebihi jangkitan Covid-19 dan tidak lagi akan menjaga hati orang lain demi kebaikan keluarganya.

"Sekarang saya nak lindungi keluarga saya dulu daripada nak jaga hati orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha menangis teresak-esak tak dapat beraya di Perlis, terpaksa kuarantin dijangkiti Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak halang Fasha Sandha ke rumah bekas mentua, galak jaga silaturahim

"Sakit akibat Covid-19 ini 10 peratus sahaja, sakit akibat hati terguris 90 peratus.

"Ini nak kena beraya kami-kami sahaja (suami dan anak-anak) dalam kuarantin sampai hari keempat esok. Lepas itu nak pergi klinik untuk buat swab test baru berani nak keluar," jelasnya.

Sementara itu, pelakon drama Malang Si Puteri itu momohon peminat untuk mendoakan dia dan keluarga cepat sembuh daripada jangkitan berkenaan.

"Apapun, kepada yang mendoakan keluarga kecil saya terima kasih banyak dan Alhamdulillah.

NP-23

Fasha dan keluarga dijangkiti Covid-19.

"Terima kasih, saya hargai semua doa yang baik-baik," katanya.

Pada Jumaat, kegembiraan menyambut Aidilfitri Fasha bertukar duka selepas dia dan keluarga tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Perlis selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Fasha memaklumkan dia dijangkiti virus berkenaan ketika berada di Rembau, Negeri Sembilan dan mula rasa tidak sedap hati apabila tidak sihat ketika dalam perjalanan pulang ke Perlis.

Pelakon itu yang menangis teresak-esak dalam video yang dimuat naik memberitahu dia terkilan dengan sikap pentingkan diri segelintir pihak menyebarkan virus tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain