suria

Victoria Beckham ganti tempat Paula Abdul sebagai juri baru 'American Idol'

Victoria telah bersetuju untuk menjadi juri jemputan dalam dua epiod 'American Idol' dengan anggaran bayaran untuknya sebanyak 155,000 million dolar. - foto AP

BEKAS Ahli kumpulan 'Spice Girls' ini telah mula dalam sesi rakaman siri terbaru program realiti ini setelah Simon Cowell berjaya meletakkan Posh di dalam senarai juri.

Posh telah bersetuju untuk menjadi juri jemputan dalam dua epiod dengan anggaran bayaran untuknya sebanyak 155,000 million dolar.

Penyanyi popular ini yang juga merupakan seorang pereka fesyen, 35, akan bersama-sama Simon Cowell, Randy Jackson dan pencipta lagu, Kara DioGuardi untuk rancangan tersebut bermula esok.

"Victoria begitu berbangga untuk menjadi juri dalam program ini kerana padanya program ini adalah antara yang terbesar di Amerika," kata satu sumber.

"Ini merupakan perjanjian yang penting. Suaminya, David Beckham, mungkin begitu popular sekarang, namun Victoria tidak selalu begitu menonjol. Pihak ketua rangkaian pasti berminat untuk menawarkan Posh kerja ini untuk sepenuh masa dan Posh juga kelihatan seperti berminat.

"Tetapi pada ketika ini, tumpuan Victoria lebih kepada bidang fesyen. Dia tidak suka diganggu jika melibatkan kejanya.

"Dia juga akan kembali ke New York pada bulan September nanti unutk melancarkan koleksi 2010 nya nanti.

"Bagaimanapun, kemunculan Victoria di dalam American Idol pastinya untuk menghasilkan rating yang lebih tinggi di UK, jadi, kebenarannya di sini kesemua peserta adalah pemenang," kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap kepada Victoria enggan mengulas sebarang kenyataan.

Artikel Berikut

Artikel Lain