suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ab Rauf dicabar muka baharu PKR, bertarung satu lawan satu di Tanjung Bidara

Ab Rauf (kiri) bersalaman dengan Yunazri pada hari penamaan calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara sempena PRN Melaka. -Foto Bernama

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan Setiausaha Penaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) Masjid Tanah, Mohd Yunazri Mustamiri bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, berusaha mempertahankan kerusi berkenaan untuk parti itu, manakala Yunazri diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Pertembungan ini sekali gus memperlihatkan saingan sengit antara pemimpin veteran Umno dan muka baharu daripada PKR.

Pencalonan kedua-dua calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara, Datuk Saifuddin Abdul Karim sebaik proses penamaan calon berakhir di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim, Kompleks Japerun Tanjung Bidara, Alor Gajah, Melaka pada pukul 10 pagi Sabtu.

Tanjung Bidara merupakan antara kerusi yang bakal dipertahankan BN dalam usaha mendapatkan mandat baharu pada PRN Melaka ke-16.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 November sebagai hari pengundian awal, manakala hari mengundi ditetapkan pada 14 November ini. -The Star

Artikel Lain