suria

[V] Mencurah-curah macam air terjun... KLIA 1 bocor akibat ribut 

Keadaan beberapa bahagian dalam KLIA Terminal 1 yang bocor akibat ribut. -Gambar media sosial

MACAM air terjun, itu situasi di beberapa bahagian dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang mengalami kebocoran pada petang Jumaat.

Situasi kebocoran akibat ribut itu tular di media sosial [Tonton Video] dengan keadaan air yang turun dari bahagian atas kelihatan seperti air terjun.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kejadian berpunca akibat ribut hingga menjejaskan beberapa bahagian.

Menerusi kenyataan, MAHB berkata pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan sudah digerakkan bagi mengendalikan situasi berkenaan.

Katanya, keutamaan diberikan kepada keselamatan penumpang, usaha kawalan, serta perlindungan terhadap sistem elektrik.

"Kami sedang berhubung rapat dengan rakan syarikat penerbangan untuk meminimumkan sebarang impak operasi," katanya.

MAHB turut memaklumkan keadaan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga lewat petang dan langkah pemantauan dipertingkatkan.

Artikel Lain