suria

Hafidz Roshdi tenang, berkopiah hadir mahkamah bagi sebutan kes cederakan isteri

Hafidz tenang ditemani peguam di sisi ketika tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

PELAKON Hafidz Roshdi kelihatan tenang ketika hadir di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi sebutan kedua kes pertuduhan mencederakan bekas isterinya Nurul Shuhada pada pagi Jumaat.

Hafiz atau Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, tiba di mahkamah pada jam 9 pagi diiringi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.

Mengenakan jaket coklat dan berkopiah putih, Hafidz memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen berhubung prosiding hari ini.

Hafidz 1

Hafidz diiringi peguam tiba di mahkamah.

“Alhamdulilah saya baik-baik saja, semuanya okay kalau nak tahu apa-apa boleh tanya peguam nanti,” kata Hafidz kepada mStar.

Pada 29 Mac lalu, Hafidz telah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia sebagaimana yang diperintahkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshid tak perlu lagi dirujuk ke Hospital Bahagia, sedih tiada peluang jumpa anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dakwa isteri gugurkan kandungan, Shuhada luah hasrat dalam WhatsApp

Mahkamah memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar untuk Hafidz selaku tertuduh menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain