suria

Aedy Ashraf idam watak figura politik dalam filem biografi, pilih Khairy Jamaluddin kerana ada karisma tersendiri

Aedy mengidam membawa watak figura politik Khairy Jamaluddin dalam filem.

HAMPIR 24 tahun terlibat dalam dunia lakonan, pelakon Aedy Ashraf sudah bersedia mengorak langkah dalam bidang seni sebagai seorang pengarah.

Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata, bagi mencapai impian itu dia juga sudah mengarahkan beberapa filem pendek sebagai latihan awal sebelum duduk di kerusi pengarah drama atau filem.

"Menyanyi atau melawak tak mungkin sebab rasanya saya tiada kelebihan itu tapi Insya Allah saya mahu bergelar seorang pengarah atau penerbit.

"Sekarang ini pun saya sudah berjinak-jinak ke arah itu dan mungkin saya akan arahkan filem suatu hari nanti. Doakan saya.

Snapinsta.app_347091532_935436114463176_1053630150048132402_n_1080

Aedy mula berjinak dalam pembikinan filem pendek.

"Sudah 24 tahun saya dalam bidang ini malah banyak projek saya arahkan seperti Challo Worlwide dan Renjana Short Film.

"Itu antara persiapan saya untuk melangkah ke peringkat seterusnya," katanya kepada mStar.

Aedy berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Penjenamaan Semula Fam Fries di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aedy Ashraf ke Cannes demi sokong Amelia, sedang bahagia tapi serah soal jodoh pada takdir

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Amelia Henderson kembali ditawan, kali ini Aedy Ashraf serius jalin hubungan

Dalam pada itu, Aedy berkata, sebagai pelakon dia ingin mencabar dirinya dengan menjayakan sebuah naskhah biografi sekiranya diberi peluang.

Jelasnya, dia kagum melihat pelakon Farid Kamil yang berpeluang membawa watak Anwar Ibrahim menerusi filem Anwar The Untold Story.

"Watak-watak yang saya bawa sebelum ini semuanya rekaan daripada skrip atau saya sendiri yang cipta karakter bagi sesuatu peranan.

Aedy mahu cabar diri sebagai pengarah dan watak yang berlainan.

Ingin cabar diri dengan watak biografi.

"Tetapi watak dalam filem biografi menjadi idaman saya, memainkan watak seseorang yang masih hidup. Ia merupakan cabaran yang sukar dan paling saya idamkan," katanya.

Pelakon Tentang Bulan itu berkata sekiranya diberi peluang dia ingin memegang watak politik terkenal seperti Khairy Jamaluddin yang mana mempunyai karisma tersendiri.

"Saya nak bawa watak Khairy Jamaluddin (KJ). Saya suka dengan berkarismanya dan karakternya yang bagus sebagai seorang lelaki. Mungkin tidak akan terjadi tapi itu adalah cita-cita saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain