suria

“Kejaplah” - Kena jerit minta cepat buat persembahan, peminat kena bebel dengan Naim Daniel

Netizen terhibur lihat Naim membebel atas pentas.

GELAGAT penyanyi dan pelakon Naim Daniel membebel ketika berada di atas pentas ketika mengadakan persembahan di Universiti Malaya pada malam Rabu mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang tular di TikTok memperlihatkan Naim yang sedang duduk bersama gitarnya tiba-tiba ditegur seorang penonton yang memintanya mempercepatkan persembahan.

“Cepatlah,” laung penonton berkenaan.

Naim sedang membebel di atas pentas sebelum lakukan persembahan.

Tidak melatah dengan jeritan peminatnya itu, Naim bagaimanapun memberi respons dengan memintanya tunggu sebentar.

Tidak berakhir di situ, Naim dalam nada gurauan menyatakan penonton yang hadir membeli tiket murah untuk melihat persembahannya.

“Kejaplah! Kau nak cepat mana lagi sebenarnya? Kau bayar RM7 je,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lambat baling mercun bola, tangan dan dahi Naim Daniel cedera

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel seronok tengok kemunculan ramai bakat baharu, tidak pernah anggap diri sudah senior

Jawapan spontan Naim itu disambut gelak ketawa penonton yang memenuhi ruang Auditorium Kompleks Perdananan Siswa Universiti Malaya.

Naim hadir pada acara itu bagi menghadiri Pelancaran Sekopi anjuran universiti tersebut.

Sementara itu, ramai terhibur dengan gelagat Naim yang bersahaja bergurau dengan peminat namun ada pula bimbang tindakannya itu dianggap biadab oleh sesetengah pihak.

Naim 3

Antara komen netizen terhadap gelagat Naim.

Apa lebih menarik, Naim turut meninggalkan komen pada video berkenaan.

“Habislah nanti Naim masuk dalam twit ‘Rudest Artist I Ever Met’... tapi dia tak biadab cuma realistik. Tak berpura-pura.

"Orang itu baru nak tarik nafas dia suruh terus nyanyi, terus kena bebel. Macam adik-beradik bergaduh.

"Dia sangat santai dan sporting orangnya," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain