suria

Budi bahasa rakyat Malaysia di tempat pertama walaupun negara sedang membangun... Sindiran Harith Iskander terhadap pelawak Singapura ini benar-benar menusuk kalbu

Harith berpendapat pelawak perlu cipta sesuatu yang positif.

TINDAKAN Jocelyn Chia memperolok ekonomi Malaysia jauh lebih rendah dan masih dalam kategori negara sedang membangun membuatkan ramai berang dengan keceluparan pelawak kelahiran Singapura itu.

Tampil menyelar Jocelyn, pelawak Harith Iskander secara sinir menyindir personaliti itu berkata, Malaysia mungkin sebuah negara sedang membangun namun masyarakatnya terkenal kerana menerapkan nilai-nilai murni atau berbudi bahasa dan sikap bertimbang rasa.

Perkara itu jelas Harith sudah cukup membuatkan Malaysia berada di tangga pertama di dunia.

"Kepada Jocelyn saya hanya ingin memberitahu satu perkara, Malaysia mungkin masih sebuah negara sedang membangun tapi jika berkaitan dengan kebaikan dan sikap timbang rasa, kami sudah pasti ditempat pertama dunia.

Harith minta pelawak peka dan sentif terhadap topik tragis.

"Saya tidak tahu negara lain, wink wink (kenyit mata), ia hanya gurauan," sindirnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Harith bersuara sebagai respon kepada Jocely memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri yang sengaja mempersenda serta membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan Singapura.

Selain itu, Jocelyn turut menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia iaitu MH370 dalam komedi yang dipersembahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Pelawak wanita Singapura hina Malaysia, buat jenaka isu tragedi MH370

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander pernah kering idea, bukan senang buat orang ketawa... “Godfather stand-up comedy itu tanda saya dah tua”

Sementara itu, Harith memberitahu sebagai pelawak dia juga pernah membuat gurauan terhadap Singapura namun menyifatkan ia hanya gurauan mesra di antara negara serumpun.

Harith menasihatkan pelawak Singapura itu untuk lebih peka dan bersikap selektif terhadap lawak yang ingin disampaikan lebih-lebih lagi berkaitan isu serius.

"Kehilangan MH370 adalah peristiwa traumatik untuk rakyat Malaysia. Sebagai pelawak, saya hormat kebebasan bersuara ketika melakukan tugas tetapi pada masa yang sama perlu peka dengan sensitiviti dan empati terutamanya mengenai topik sangat peribadi atau tragis.

"Komedi adalah alat berkuasa untuk ulasan sosial, sebagai pelawak perlu menyedari impak kata-kata boleh menjadi pengaruh kepada orang lain.

"Saya juga pernah membuat jenaka tentang rakyat Singapura sebagai gurauan mesra dan kita pun macam sepupu yang bersaing," ujarnya.

Jocelyn Chia dianggap tidak bijak kerana perlekeh Malaysia.

Tambahnya, Jocelyn sepatutnya menjadi seorang pelawak yang bijak memandangkan dia berada di zaman media sosial.

"Komedi seperti semua bentuk seni adalah bentuk ekspresi subjektif. Ia boleh jadi kelakar untuk seseorang tetapi mungkin tidak pada mereka yang lain.

"Saya tahu Jocelyn Chia sedang membuat persembahan di sebuah kelab di Amerika Syarikat, tetapi sebagai rakyat Singapura, dia perlu lebih bijak.

"Dia juga sepatutnya sedar pada zaman media sosial berkuasa dan dengan membawa isu mengenai Malaysia dan MH370 mungkin memberi kesan lebih meluas," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain