suria

[V] Perkahwinan Shuib dan Watie dapat tajaan RM1.7 juta, keluarga sepakat tiada majlis resepsi

BAKAL menamatkan zaman duda pada 23 Jun ini, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib memberitahu dia dan tunangnya iaitu Watie Hanifiah bersepakat untuk hanya mengadakan majlis pernikahan sahaja.

Menurut Shuib atau Shamira Muhamad, 39, keputusan untuk mengadakan majlis secara sederhana itu dibuat selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

"Alhamdulillah kami sedang menunju ke tarikh itu dan persiapan semuanya berjalan dengan baik. Hampir 90 peratus telah siap.

shuib 2

Shuib dan Watie bertunang pada 6 Mei lalu.

"Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah tetapi takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

"Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib kini tunang Watie Hanifiah, nikah 23 Jun 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Uwais terakhir beri persetujuan, Shuib mungkin terus menduda kalau anak-anak tak restu kahwin Watie

Shuib berkata demikian ketika ditemui di sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie yang diadakan di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa pada itu, Shuib juga meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya kali ini mendapat tajaan lebih RM1.7 juta termasuk barang kemas.

"Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.

Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga," katanya lagi.

Majlis tersebut bakal diadakan di Putra Glass House, Putra Height dan akan terhad kepada 600 tetamu.

Perjalanan kisah cinta Shuib dan Watie iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie juga akan ditayangkan dalam siri eksklusif terbaharu untuk tontonan buat peminat.

shuib 3

Anak-anak Shuib menerima baik kehadiran Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun pukul 9 malam di Astro Ria.

Untuk rekod, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain