suria

[V] Watie yakin Shuib mampu jadi suami baik, puji cara layan arwah Siti Sarah…. Kali pertama mesej ucapan takziah

TUNANG kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran untuk berkahwin dengan bapa empat orang anak itu.

Kata Watie, dia yakin Shuib mampu menjadi suami yang baik berdasarkan pengalaman perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah sebelum ini.

"Saya ada ambil masa, beritahu keluarga untuk minta pendapat dan mereka juga tahu saya suka budak-budak. Penerimaan anak-anak dan keluarga dia juga sangat baik terutamanya daripada ibunya, itu yang buat saya terima.

shuib 5

Watie yakin Shuib adalah pilihan terbaik.

"Dia ada rekod yang baik, sebab bila kita nak kenal dengan orang itu kita kena ambil masa yang lama tapi macam dia lain, saya dah tahu sedikit sebanyak mengenai dia semasa dia dengan arwah.

"Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik, jadi sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh," katanya kepada pemberita.

Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie di Astro Bukit Jalil yang berlangsung pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Shuib dan Watie dapat tajaan RM1.7 juta, keluarga sepakat tiada majlis resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib kini tunang Watie Hanifiah, nikah 23 Jun 2023

Berkongsi detik awal perkenalan, Watie berkata kali pertama dia menghantar mesej takziah di media sosial semasa pelawak itu kehilangan isterinya pada Ogos 2021.

Bagaimanapun Shuib membalasnya selepas lima bulan kemudian dan mula saling membalasnya mesej selepas itu.

Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik, jadi sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh

WATIE HANIFIAH

Sementara itu, Shuib berkata dia yang memulakan langkah untuk berkenalan dengan Watie dengan meminta nombor telefon.

"Masa saya mesej mintak nombor telefon dan saya tak sangka dapat, tapi masa itu rasa macam apa yang saya buat ini, saya tak sepatutnya minta.

shuib 2

Penerimaan anak-anak penting buat Shuib dan Watie.

"Dia pula ambil masa yang lama untuk balas jadi saya pun berserah dan tunggu dia balas," ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dan bakal disatukan pada 23 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain